Sunday, June 7, 2009

Near-death experience



Dikala aku membelog ini, tidak dapat dibayangkan betapa banyaknya kesyukuran yang harus dipanjatkan kepada Tuhan.

Bersyukur kerana masih hidup dan selamat untuk menceritakan pengalaman hampir mati aku tadi.


Hari ini,aku pulang ke kampung. Ada kenduri tahlil since my cousin passed away a month ago kan? So,kenduri itu lepas Isyak, habis makan and kemas2 semua, dalam pukul 11 malam.
~
Aku seorang yang mengada-ngada. Aku cakap kat mak nak balik malam ni jugak. Mak kata dah malam sangat, aku cakap nak jugak. Sebab badan melekit dan mengadangada tahap bangang sebab tak suka mandi dekat bathroom rumah orang.

Mak and abah lepas kenduri terus balik ke kampung abah dekat Kg Gajah,Perak sebab esok abah dan sanak saudara disana akan berkonvoi ke KL pergi wedding di sana pulak. Mak pesan, kalau nak balik jugak, baik-baik sebab dah malam sangat. Jangan balik tengah2 malam.

So, berkempen dengan adik-adik ajak balik. Adikku yang bongsu sibuk nak ikut balik, biasalah budak lelaki. Macam-macam plan nak buat dengan kawan-kawan. So, aku pun bagi walaupun supposedly dia ikot cousin lagi sorang balik, sebab tak muat kereta. Nasib baik, kaklong kata dia tak ikut balik. Esok dia boleh tumpang cousin lain balik. So,muat lah kereta bawak AB ( si adik bongsu yang manja mengada).

So, on the way balik, tibatiba tayar pecah. Ktorang semua dah pucat lesi. Masing-masing handphone takde kredit. Bukak boot, nasib baik ada tayar spare. Aku tanya "siapa tau tukar tayar?". AB cakap " AB tau, abah pernah ajar AB"
Aku tau jugak lah sikit2, masa belajar driving dulu. Tapi dah lupa.
~
Mulalah operasi menukar tayar di tepi jalan yang gelap yang lampu jalan hanya ada satu lebih kurang setiap 20meter. Tiba-tiba lalu 2orang lelaki naik motor cam lahanat, boleh classified sebagai mat rempit. Dia lalu je, tak singgah. Lama lepas tu, dia lalu lagi sekali, then dia datang dekat. Adik-adik perempuan + cousin perempuan sorang dah cuak gila. Sorang pegang stereng lock, sorang pegang payung, aku pulak pegang sepana hidup. Masing-masing mulut terkumat-kamit baca apa saja yang masih ingat di kepala.
~
Mat-mat rempit ni tadi, datang dekat gila dengan kami. Agaknya dia nampak AB, si lelaki gagah sedang menukar tayar, then tiba-tiba diaorang blah. Macam tu je. Takut lah tu.Fuhh lega. Tak lama lepas tu, datang satu Pajero, dan pemandu dia lelaki (menambahkan lagi amount kecuakan kami).
~
Dia tanya kenapa, lepas tu dia tolong aku dan AB. ( Mestilah aku dan AB je yang gagah perkasa tukar tayar). Lepas siap semua, kami cakap thanks, cepat2 masuk kereta. Dah start engine, DEMMIT. Lampu terbakar pulak. Aku selamba gila, jalan jugak sambil bukak emergency light (Betul ka emergency light namanya? yang aku tahu yang lampu dua-dua signal kiri kanan tu.)
~
Sepanjang perjalanan penuh dengan jeritan sebab jalan kampung xde lampu jalan, so bawak kereta memang bahaya gila sebab takde lampu. AB kat tepi, memang banyak membantu si pemandu celaka yang bermata rabun. Sepanjang perjalanan pun, aku follow rapat2 dengan kereta depan, kira tumpang mercy lampu kereta hadapan lah ni.
~
Sampai satu part, tahap paling marabahaya. Di satu jalan, tiada lampu jalan, kiri kanan hutan, tiada kereta yang nk bagi mercy lampu dekat kami untuk kami follow rapat2. Dekat opposite direction, ade deret2 kereta dalam 4buah. Then suddenly, satu kereta ni, nak potong kereta di hadapannya. So, agaknya, dia tak nampak kami yang die opposite direction ni (yelah kami kan kereta nazak tiada lampu). Dalam kereta, kami da menjerit instead of mengucap. Then dah sangat2 dekat nk crash, baru dia perasan ada kereta, the dia masuk lane balik. Pheuww!!
~
Aku fikir, tak boleh jadi macam ni. Aku drive ahead dalam 3km, ada traffic light. Kat traffic light tu, aku tunggu jugak kereta sampai ada. Ada satu kereta lalu, cepat2 follow dia rapat2. Menumpang belas lampu keretanya, sampai lah sampai rumah. Terima kasih si kereta Citra kot.
~~
Cheh sebenarnye,cerita ni panjang gila. Tapi gila xfeel cerita panjang. So banyak da aku cut short.
Serius lepas ni, aku nak bakar kereta tu.
Apapun yang telah terjadi, aku blame diri sendiri sebab degil sangat nak balik. Aku blame diri sendiri sebab kalau AB tak ada, tak tau apa nak buat. Kalau apa2 jadi kat adik2 aku, sumpah tak boleh maafkan diri sendiri sampai bila2.
~
Di kesempatan ini, aku menyatakan, hero bagi episode ini ialah adik aku Safwan Hazim atau nama manja dia AB. Tangan AB sampai luka-luka sebab kelam kabut tukar tayar. Aku janji dengan AB nanti nak belanja dia. Haih habislah duit aku. So, inilah hero aku, hero kami.






Disebabkan dia hero, aku bagi chance dia tunjuk skill breakdance. Hahahaha

P/S : Aku tak jumpa gambar latest, so ini semua gambar dia di zaman Jahiliah. Dia dah besar sekarang ,gagah perkasa dan tinggi melonjong.Selalu bangga sbab dia lagi tinggi dari kakak2 dia. Thats why mat2 rempit tadi takut dengan die.
Bravo AB!

15 comments:

anisizatyA.J said...

OMG scary gile nadea....btw, adek ko ccuttteeeeee...n wahhh...gambar die konon breakdance sumpah lawak gile..hehe

vYe said...

scary weh...aku tuka tayar, smbil tangan menggeletar...
can u imagine dat??
parents xde, duit xde,credit pon xde..

hahahhaha adik aku mengada2 narcissist...
nasib baik dia hero,so aku letak gak laa gmbar poyo2 cute..

Rifqi Al-lil said...

tu la degil lagi cakap mak xnk ikut. haha. best do pengalaman kau. macam dlm cite jangan pandang belakang ade gk. salute ah adik kau!

MeaBerry said...

means ko tak kena rogol lagi le ye? hahaha ish apada punya soalan.

jahat nye mat rempit tu. menakutkan betoi. kalau aku sure aku trus jalan kaki balik ipoh.


anyways ab mmg ensem. sangat ensem. kalau aku muda lagi sure aku ngorat ab.

tapi kalau ab suka perempuan tua jgn lupa suh die dtg meminang i. papa u mesti suka i jd menantu.

dah la bijak bestari. masak creamy mushroom soup sedap plak tu kan. hahahha

pasni nak pggey ko KAK CHIK lahhh

ppwen said...

hmm...citra kamu...hmmm.......
btw,beware lah kalu balik malam2,okay???itu sugnal betul2 kena buka,kalu tidak lagi susah nak balik...haih...
takutnye....hahahahha!!!
btw,i know to change tayre!!

miss AIN said...

wowww!scary dowh...
kene lebih ati2 len kali!
make sure,lau nk pegi mane2 krdt n duit mst ade!
plg penting, dgr ckp mak!

alhamdulillah,korg semua selamat!=)


ensem ah adik ko...weeee~~

vYe said...

RIF : apeda ckp pngalaman aku best.ngeri dow.. tapi a part of me,rse bsyukur karena at least dlm hidup aku ni,aku merasa gone through such situation, so that di masa hadapan, da bole handle wisely situation mcm ni...

mea : jalan kaki balik ipoh lg bahaya... taya pecah tu jauh lg...xsmpai batu gajah lg mangkuks...
btw,xhinginnye aku jd kakar ipar ko...

peiwen: ok..ur words taken! after dis, i'll be more careful...
and yea,after this incident, i definitely know how to change tyres.

ain: so true..sptotnye nk stat journey,make sure ade krdt and duit kan?? aku da lme stick ngan prinsip cmtu..tp smlm je..
bnda nk jd kan?nk wat cmne..
mmg aku degil ckp mak.haih!

BENCI AHH SUME PUJI ADIK AKU MELAMBUNG2...

MeaBerry said...

ok la aku tak puji adik ko. ko lagi lawa..

lawa gile

cam pretty zinta mix ngn kajol














leh bagi pakai brodben ko satu harri extra?

vYe said...

hotak ko..
puji2 aku sbb nk broadband..
jap g aku dtg umah, amek broadband...

syahidahariff said...

weh serious takot weh..
pasni jgn ah degil makcik oi!!
haha..
btw,nak masuk minang adik ko bley?
hahaha :))

vYe said...

odah,obviously aku xnak ko jd adik ipar aku.....
geli ahh ko kawin ngan adik aku..
hahahaha

maryam marfez said...

keta mane satu ko bawa yang scarry tu??

vYe said...

keta kancil yang da bzaman xservis ni lahh...

ayunietahir said...

weiii.. adek ko umor bape? cute seyh.. jage leklok wei.. nnt kang jd playboy plak.. hahaha

vYe said...

adik aku form2....
cmne nk membendung adik supaya xjadi playboy???