Sunday, January 25, 2009

Sedap comes with sacrifice

For the past few days, since I came back to my hometown, I cant stop myself from filling up my stomach and stuffing in my poor mouth. So many food that ive been craving since the last time I come back home. Syukur gila eventhough the amount of money spent macam air yang mengalir di Sungai Kinta.



So, I went to lepak with Odah at my regular lepak spot. OMG,manusia ramai nak mati ok.CNY what? We were like, "why they all are here?Arent they suppose to be at home, prepare food,home or whateva needed for their raya.Jangan lah lepak around lagi and leave us some empty place"


Enuff with those blabla shit thingy. (I realized these days,i less talking.why huh?)


Naah.



**PRESENTING**
The Old Town White Coffee
My all-time favourite.Their Assam Laksa. Everytime datang, wajib order! Man, I didnt know they can beat those laksa Penangites buat. This is wayy better.
~
~
Ice cream toast. Kesedapan sehingga naik ke otak.(Alahh macam lah xboleh buat sendiri.Senang je buat ni. Biasalah. Kalau kedai buat semua sedap.)
~
~



The brand new Tropicana Soda. Ni pun boleh buat sendiri.Tapi sure tak sedap juga.

~

NasihatSaya: Shuuh shuuh. Pergi Old Town sekarang.

Begitulah hari saya di OldTown. Ya, kali ini tiada gambar saya. Mengapa? Sebab, manusia ramai gila, so malu nak jadi camwhore weirdo.

RandomStuff: Pelik gila sebab masih ada lagi orang yang jakun,gila,excited semacam, bila dengar lagu2 macam Low-Flo-Rida, So What-Pink, I kissed A girl-Katy Perry, Fall for you. Ohh please people. Move on!!!! If im not mistaken, those songs were our favourite melalak songs back days when Annes and I used to melepak at Starbucks. I guess around June2008. Kan annes?

Saturday, January 24, 2009

Mari Mari Mari Cuba

Went dining at Sushi King today. Hoiii yoiiii. Mea blanje weh.
Anyways, the cute girl there recommended us to try their new promotion.
~
~
**PRESENTING**
Yee Sang. Hoii oiii. Sedapp gila. [ Sorry tepanyaki kerana menduakan awak - plagiat ayat Annes]
~
~
~
Maka, disebabkan rasanya sehingga boleh terbang, I decided to order another one.
Why cannot? orang belanja what.
~
**My 2nd Yee Sang**
~
~
Nasihat saya: Faster2. Serbu outlet terdekat dengan anda. Promotion ends 10th Feb. Rugilah kepada sesiapa yang xmencubanya (lainlah kalau anda tahu membuatnya).
~
Kenapa anda masih di depan skrin?Pergilah ke Sushi King cepatttt!!!
~
~
To make my entry kali ini lebih ringkas,padat,tepat,pejal
~
~
~
**Naah The Food**
~
~
Disebabkan post ini memang xcomplete tanpa authornya,
~
~
**NAAH**

saya muka 10cent gila

Wednesday, January 21, 2009

Senarai Kesyukuran saya

Melihat sangat ramai orang membuat senarai kesyukuran, saya terpanggil juga untuk membuat senarai kesyukuran saya sendiri.Saya pun nak buat jugak. Naah,senarai kesyukuran saya.

  1. Saya bersyukur kerana saya mempunyai keluarga yang besar (really big ok)
  2. Saya bersyukur kerana adik beradik saya semua berjaya-setakat ini.
  3. Saya bersyukur kerana anak2 saudara sepupu saya comel2.
  4. Saya bersyukur kerana saya bijak. Walaupun saya tidak sebijak untuk melanjutkan pengajian sehingga ke luar Negara, tetapi saya tetap bersyukur kerana saya masih dapat belajar di one of the best uni di Malaysia
  5. Saya bersyukur kerana dapat belajar dalam course yang saya pilih instead of some Perkayuan courses.
  6. Saya bersyukur kerana sekolah saya –MRSM Transkrian merupakan sekolah yang paling awesome di alam semesta dan berjaya mendapat tempat pertama untuk ranking PMR 2008
  7. Saya bersyukur kerana saya telah tamat belajar di Kulim, kerana bagi saya Kolej Mara Kulim ialah neraka dunia.
  8. Saya bersyukur kerana saya suka AddMath dan dapat skor A dalam SPM dan mendapat A untuk Math semasa di Kolej.. ( Math susah ahhhh)
  9. Saya bersyukur kerana walaupun kisah cinta saya tidak pernah berjaya- setakat ini, namun kisah hidup saya seperti watak Rani Mukherjee dalam Mujhse Dosti Karoge.
  10. Saya bersyukur kerana semua kisah-kisah cinta saya yang tidak berjaya mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih matang dan kuat.
  11. Saya bersyukur kerana rambut saya hitam legam kerana saya sangat suka rambut yang hitam legam seperti Kajol. Dan saya tidak perlu berpura-pura cool mem-blonde kan rambut saya untuk berlagak seperti Paris Hilton.
  12. Saya bersyukur walaupun kulit saya tidak cerah, tetapi ada juga tourist dari India menyangka saya ialah Preitty Zinta.(cehh perlu ke mention?)
  13. Saya bersyukur,walaupun ramai gadis2 di luar yang terlibat dengan macam2 masalah, saya masih di sini, dengan kelompok manusia yang terlindung dan terbendung.
  14. Saya bersyukur kerana terpilih menyertai PLKN sesi 2006. Itu merupakan salah satu pengalaman yang paling indah bagi saya – minus the cinta monyet part.
  15. Saya bersyukur saya pernah melakukan kerja sukarela kerana pengalaman itu benar-benar mengubah persepsi saya terhadap masyarakat.
  16. Saya bersyukur kerana saya belajar di Bangunan Yayasan Selangor daripada belajar di fakulti saya yang terletak di Kampus Kuala Lumpur yang seperti ‘hidup segan mati tak mahu’.
  17. Saya bersyukur kerana mempunyai kawan2 yang bijak –sangat bijak sebenarnya.
  18. Saya bersyukur kerana saya mendapat tawaran biasiswa kerana saya tidak perlu berhutang dan menghabiskan kira-kira separuh duit gaji saya nanti untuk membayarnya kembali.
  19. Saya bersyukur saya boleh bersiap dalam masa 10 minit. Mandi 5minit,siap2 pakai baju 5minit.Terlewat pegi kelas xmenjadi masalah.
  20. Saya bersyukur saya seorang yang simple. Pakai jeans dan tshirt lusuh buruk gila pon xkisah pergi kelas. Mak kata macam orang keje kilang dush dush
  21. Saya bersyukur saya tinggal di Kampung Baru dan boleh menikmati makanan yang indah-indah. Mati kebuluran adalah mustahil untuk penduduk di sini.
  22. Saya bersyukur menjadi rakyat Ipoh kerana mempunyai banyak port lepak yang selesa dan enak berbanding Mapley yang mahalnakmampostapimakananmcmharamJ.
  23. Saya bersyukur kerana dapat selalu menikmati assam laksa OldTown yang sangat enak.
  24. Saya bersyukur saya tidak buta IT malah saya yang perlu mengajar classmates saya untuk subjek ini di Kolej dulu.
  25. Saya bersyukur kerana tutor-tutor saya semuanya handsome belaka – okay ada yang cantik jugak,
  26. Saya bersyukur kerana saya ada koleksi Grey’s Anatomy kesemua 5 seasons.
  27. Saya bersyukur kerana saya mempunyai taste yang berkualiti kerana bagi saya Sylar itu hot.
  28. Saya bersyukur kerana menonton Pirates of the Caribbean- At World’s end sebanyak 4 kali di cinema. – tidak termasuk beribu-ribu kali menonton DVD.
  29. Saya bersyukur kerana,saya boleh memandu dan ada lesen memandu.
  30. Saya bersyukur kerana walaupun saya tidak berapa mahir memasak(xmahir ok bukan xtahu) tetapi rendang Hari Raya Haji tahun lepas saya yang buat.
  31. Saya bersyukur kerana saya baru membeli handbag yang cantik.
  32. Saya bersyukur kerana Malaysia masih lagi aman – saya sangat simpati dengan saudara2 di Palestin.
  33. Saya bersyukur kerana setakat ini – menjadi LoneRanger WonderWoman tidak pernah membunuh semangat saya untuk hidup (walaupun ramai orang menganggap itu ialah freak dan pathetic)
  34. Saya bersyukur kerana telah menukar nombor telefon kerana so far- hidup saya sangat aman.
  35. Saya bersyukur pernah belajar Bahasa Mandarin di sekolah. Walaupun tidak boleh bertutur dengan baik, atleast saya dapat membaca(sikit2) dan boleh menyanyi banyak lagu2 JayChou, Terima kasih kepada PeiWen kerana banyak membantu saya mengingati phrase2 yang sudah banyak saya lupa.
  36. Saya bersyukur kerana dapat bersekolah di sekolah asrama sejak Form1. Campak saja saya dimana-mana,saya bisa hidup.
  37. Saya bersukur kerana Yogurt Cheese di Secret Recipe disambung kembali (tahu x diorang penah discontinue Yogurt Cheese dulu.*sigh*)
  38. Saya bersyukur kerana pet saya-Buchanan- sungguh comel.
  39. Saya bersyukur kerana walaupun saya tidak sekaya Oprah Winfrey, tetapi setakat ini saya tidak pernah tak cukup makan. (lebih lagi ada laa)
  40. Saya bersyukur walaupun rambut saya tidak se-sihat Anggun dalam iklan Pantene, tapi sekurang-kerungnya saya tidak perlu spend more than 5minutes di depan cermin walaupun setiap hari merupakan bad hair day saya.
  41. Saya bersyukur walaupun saya tidak secantik Katherine Heigl, tetapi saya ade baju yang serupa dengannya dalam Grey’s Anatomy Season 4 episode 10.
  42. Ini pula senarai orang yang saya bersyukur dapat mengenali mereka : Dyla Ishak, Anis Izaty, Amira Azmi, Husna Johari, Raimi Nabilah, Ili Damia, Izzah Kamilah, Syahidah Ariff, Peh Pei Wen, Tan SherLynn, Ayuni Tahir + darling Lin Jia and cinta lama-Umasuttan. (siapa tiada dalam list? later update balik)
  43. And yeay! Baru habis download Grey’s Anatomy episode 12.Syukurr!! wtf??

Sunday, January 18, 2009

Bullshit!

This word,has been my favourite cursing word for the last few days.



What,who,why bullshit??


  1. KTSN.Ye..itu kolej kediaman saya. Kolej Tun Syed Nasir.Well not really,since I moved out last semester, but still I am still under the administration of KTSN.
  2. If you call yourself a bunch of human, be like one. Jangan sesuka hati , ambush rumah orang, set everything back to normal.
  3. Jangan nak marah tak tentu pasal.Suka hati lah.Ini rumah aku, aku yg bayar sewa mangkok.
  4. Buat apa aku nak letak extra one locker dalam bilik aku,kalau aku tinggal sorang aje? Lu pikir laa sendiri.
  5. Kenape mesti nk gather all the study tables dekat living hall. Nak kami study berjemaah ke? Bullshit!
  6. Kenapa nak bising2 kalau rumah kami bersepah? Hallo students time kot. Kalau korang xpernah masuk U, jangan lah bising xtentu pasal. Bullshit!
  7. Kalau setakat konon2 nak tunjuk kat korang punye superiors yang korang buat keje, bullshits laa.. Jangan cakap students xrespect korang okaay. There must be many reasons why korang stay jadi kerani,technicians and all those bullshits till this very damn day.
  8. Spare me for everything I've said. Last time I checked,Malaysia is a free country. Free to voice my opinions.

Monday, January 12, 2009

Wonderful Day

Why today is a wonderful day??

  1. I ponteng kelas (okaay ini bukan wonderful,ini horrible.Sila jangan tiru)
  2. Went to Kamal's. Guess what? I bumped into him. Ohh my.. Katzung really brought us together. (I went to Kamal sbb nak beli Katzung)
  3. I settled down all the termination processes of my Maxis number. Ohh allaaa..Forgot to asked them to convert it back to prepaid (atleast I can keep it-sentimental value what?) - but I think its better that way. Atleast I can get rid of those memories.
  4. My journey to Shah Alam sangat diberkati. Baru step kaki tepi jalan,cab pon sampai, Turun escalator saje,tren pon smpai. (KTM sudah very efficient okaay.wtf?)
  5. Except the part that i kene tunggu Ryme for more than hour, but when she arrived, she apologized like 1000times". Oklah no need to marah2.
  6. And she even said "Oklah kesian kat you tunggu lama.I belanja you makan."
  7. Here comes the best part, then I said ,PROSPERITY!

~

~

Dyla and d L a, sila mula terliur sekarang. Annes, buat-buat terliur okaay??

~

Nah,Prosperity! (Another one set utk my friend okaay?)

~

Nahh PROSPERITY AGAIN

~

Since I dah posted the habukajeyangtinggal pic,kali ni,kasi can laa okay..Nahh,tp tinggal quarter aje..

~

And I lepak-ed a while at Uitm. Nahhh Uitm.

Ryme: You mcm never been here pulak before this.

Vye: Biarlah. Pura-pura jakun like I always do.

~

8. On my way back, I was sitting next to a Punjabi guy yang so hott like can die. Not to nampak obvious sgt kan, so I was buat2 looking at the window konon2 mcm menikmati keindahan malam laa, padehal I was stalking him at his reflection image at the window. Am I a pretty good stalker? I am!

Saturday, January 10, 2009

Jimat Konon!

As much as I say that I always wanted to jimat jimat and jimat,I actually letting myself to spend,spend and spend. *sigh*. I woke up this morning, received 6misscalled from Ryme to ajak me lepak around. Then,after she arrived, the 'around' transformed to confusion of making decisions wether the lepak spot should be Midval,Pavi or Klcc.

At first,of course laa we want to lepak at Midval or Klcc since thats the only way for us to get some Chillis-ing time. But then,she said "bosan laa asyik makan Western food aje" Ah-hah. Ape lagi?Pavi jom!

Oh yess,Pavi. Where else without heading to my favourite (and Annes actually) Tepanyaki spot. [Annes,aku mintak maaf makan without ko.Aku tau ko crave gile that spot]

~
~
Lepas tue,kami jumpa this Idontknowpekebendaharamntahbendenie. Macam main gendang2 je. Mwahahahahah... Owhhh.. Chinese New Year what???Patutla..I was sooo jakun. Never seen in real life. Last tengok gendang2 ni, masa kat Bainun dulu.
~
~
Here comes the membazir part.
~
I was soo emo,
Quoting myself : Apehal lak Forever 21 ade sale nie, celake tol! Cam tau2 je duit JPA dah masok.
~
~w
I ended up trying 8clothes and almost buying all of em. As the sentence "eh kene jimat!" has become my zikirmunajat all day long, ok laa i put the 6 back, and bought only 2 of them.
Bullshit!
~

~
Cerita ini belum habisss..
Then.we headed Jln Tar sbb Ryme nk beli selendang. Then again, I found myself buying a baju kurung and a selendang. *sigh*
Tapi murah okaay..RM10 aje.


~Some Random Photos~
Camwhoring laa. What else. Thats what we do in these days kan?





Ive been to US. wtf?

RandomStuffs:

  • Ryme sesat untuk sampai ke PlazaRah. And she went to balai police to get help. wtf?
  • Lepas nie seriously kene puasa everyday.Cover back all the money spent..
  • Rasa bersalah gila dekat Mea. Semalam, told her that I was not going anywhere today, konon2 nak study.
  • My access card and matrix card sudah hilang. Xtahu jatuh dimana. Damn!
  • Xbeli tiket balik for CNY lagi. Uwaaaa!
  • Annes, aku mintak maaf gila!
  • Sape nak pegi tengok Rihanna 13Feb?Call me!

My New Definition of Shopping

~TADAAA
hahahahahaYe.Apa yang anda saksikan ini adalah benar dan bukan lakonan semula. (No animals actually were harm in the production of this photo).
Inilah definasi terbaru tentang shopping saya di mana tiada lokasi melibatkan Pavilion mahupun Sungei Wang, lokasi seperti Giant,Carrefour dan Tesco,Yik Seng Enterprise,Kedai Runcit Foo Keng dititikberatkan.Tiada juga barang berjenama dan kebanyakan items seboleh-bolehnya ditukarkan ke jenama Giant, Tesco dan Carrefour. (lihat tin yang dipegang, itu hanya RM1.99)
~
~
~
Tapi jimat2 pun kan, Chipster harus ada!!!
~
~
~
~
RandomNews: Adakah HKL terbakar?

Wednesday, January 7, 2009

Prosperity-ing

Ciss,sejak Maxis Broadband melalui zaman kejatuhan nie, susah betol aku mahu mem-belog (stolen the idea from Hanis Zalikha). Benci ahh Maxis Broadband. Nak bkak Facebook pon lame. Sempat naik KTM sampai MidValley (tipulah.Im exaggerating okay?)

Anyways,referring back to my title, yesterday I had my Prosperity-ing session. Yeay!!!!! (Duh..I might sound so jakun,kampung and outdated right now) Pardon me. Saya pokai. Itulah jawapan kepada segala penangguhan untuk menikmati Prosperity sejak bulan lepas. Lagipon once a year what, tak pelah nak jakun pon.

Speaking of Prosperity,
Quoting Annes : Cis! Aku xsuke gile Prosperity.Kalau aku beli pon, Noorizan la tukang habiskan.


Walaupun scholar JPA xmasuk lagi, aku dan Farhana gigih mengais segala sisa-sisa yang tinggal di dalam purse kami untuk mendapatkan one set of Prosperity. Maka dengan itu, semalam,aku dengan segala kudrat,mengosongkan perut untuk menikmati keindahan Prosperity yg indah tu. Tapi kene tunggu Farhana balik dr Bangi, sebab die nak handle pekebendentahakuponxtau di sana.


Tunggu punya tunggu koL 12 baru die balik. Kami terus heading McD di Setapak je. Xboleh pegi jauh2 sbb da kebulur SGT and itu sahaja 24hours McD yang paling terdekat yang kami tahu.


Makan-makan-borak-borak.Pukul 3 baru balik. Itupun tambah setengah jam ajar Farhana park kereta. Mwahahahahhahahaha.


Ini sahaje gambar yang mampu saya upload. Sebab kebulur sgt,sampai lupa nk ambil gambar.



RandomAnnouncement : Kawan2. Duit JPA dah masuk tadi. Korang pegi lah shopping. Aku xboleh nak join. Sebab azam baru aku nak jimat.

Sunday, January 4, 2009

My Sayang Buchanan

If you came across the name Buchanan,anda pasti teringat semasa zaman form 4, sebuah cerpen bertajuk 'Kerana Manisnya Epal'. Bagi saya,Buchanan bukanlah seorang penjaga ladang epal di dalam cerpen tesebut,tetapi beliau ialah cinta hati saya. My Facebook pet.





My lazybum Buchanan

Untuk menjadikan post saya kali ini lebih panjang tetapi tetap less menarik- as usual, inilah daily activites Buchanan yang secara automatisnya telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Duhh uh.Im totally attached!
~
~
Mengeratkan tali silaturrahim

Menyucikan diri

Memuaskan nafsu

Menyihatkan badan (Tipu!! sebenarnye nk collect points and coins)

Shopping!!!!!

~

~

~

Sebenarnya,sudah lama Buchanan kepingin dengan fireplace itu. Ohh harganya sungguh tidak affordable.Tetapi, berkat keprihatinan tuannya,hari ini, dengan bangganya, fireplace itu telah dipurchased oleh Buchanan.

~

~

~

Tetapi,satu perkara masih menjadi igauan Buchanan. Did you see that red arrow??? Itulah the biggest villain!!! Beliau semakin hari semakin galak,mahu menginvade Buchanan's territory.Sebagai tuan yang bijak, saya harus bertindak!!!!

~

RandomAnnouncement: Kawan2,saya baru diberitahu bahawa untuk keputusan PMR 2008, MRSM Transkrian telah mengungguli tempat pertama. Hebat kan junior2 kite?Tahniah kepada anda semua, Mr principal yang sentiasa memandang 200batu dihadapan dan *ehem ehem*, Sir Kamil.

Saturday, January 3, 2009

Im totally addicted to him

and HIM

also HIM
also HIM

HIM of course.HOTTT okaay. tolonglah!!!



dan KAMU.Ohhhh
*SIGH*..Mengapa sungguh banyak lelaki2 hot di dalam dunia nie?Itu belum termasuk lelaki2 sexy,cool,macho,masculine dan berbagai lagi istilah lain yang sememangnya saya tak mahir.
~
Sometimes, adalah lebih baik untuk saya mempunyai hati kering terutama apabila 'ter'pandang lelaki2 hott di shopping mall. Atleast like Annes. Beliau kering dan mempunyai hati kering.
~
Pengajaranya di sini, lelaki hot itu tidak selalunya bagus. Mungkin beliau hanya mempunyai pendidikan sehingga SRP dan bekas drug addict. Tetapi itu semua saya tidak peduli, kerana bagi saya mereka hot. Kerana, lelaki juga bersikap tidak adil. Mereka hanya memandang perempuan yang hot sahaja sedangkan mereka sangat hodoh, mempunyai rambut curly yang panjang dan memualkan apabila dipandang dan pekerjaannya menjual jeans buruk di Gerbang Malam (Ipoh's version of Uptown Danau Kota atau nama rasminya Bazaria Larut Malam)
~
Maafkan saya kerana bersikap racist,kerana itulah hakikat di dunia ini. Lelaki dan perempuan hanya memandang kepada luaran. Atleast,perempuan ada juga mengambil aspek2 dalaman, seperti jisim wallet lelaki itu, taraf pendidikan dan sebagainya.
~
Jika semua lelaki memandang kepada level ke-hot-an seseorang perempuan itu, makanya semua perempuan akan bermati-matian untuk menjadi hot dan kesan jangka panjang ialah Nicole Scherzinger, Blake Lively, Jessica ALba, dan Scarlett Johansson terpaksa menutup periuk nasi mereka.
~
Begitu juga kepada perempuan yang hanya memandang lelaki2 yang hot, makanya tiadalah senarai2 lelaki hot yang saya senaraikan di atas.Kerana mungkin saya akan meng'upload' gambar lelaki2 di Gerbang Malam yang menjual jeans buruk. ( No offense, saya ade pengalaman buruk dengan penjual jeans buruk di Gerbang Malam)
~
~
~
~
P/S: Ada lagi seorang lelaki sangat hot,chunted gile. Tapi, xboleh di post di sini for anonimity sake. Apepun beliau sangat hot. Paling hot di UKM,Malaysia and the entire universe.
~
~
++ Kepala saya sering2 sakit lately. Besar kemungkinannya kerana kuasa(power) specs saya yang sudah tidak sama dengan kuasa mata saya yang makin naik. Solution : buat ponytail ketat2. Memang mujarab.

Thursday, January 1, 2009

Aku Mahu Lain

Bila kita sampai di tahun baru, kita sentiasa mengumpul azam2 baru. Antaranya, azam2 tahun2 lepas yang xpernah dicapai, atau tidak sepenuhnya dicapai. Bagi aku, setiap tahun, azam2 yang aku bina, semuanya subjektif. Jadi, by the end of the year, aku sendiri tak pasti aku da capai sepenuhnya azamtersebut. Maka, dengan tu, aku kembali menggunakan azam2 yang sama aku gunakan setiap tahun. Mungkin, bila bertambah usia, azam2 yang dibina berbunyi jauh lebih matang,



Apapun,bagi aku, azam itu cuma pendorong kite untuk memulakan hari, tahun dan hidup yang baru. Apa yang terjadi semalam semuanya sejarah, hari ini pula kenyataan dan hari esok merupakan misteri.



Roughly, 2008 bukan tahun yang baik untuk. Lagi banyak benda yang aku nak lupakan dr apa yang aku nak simpan. Friendship, finance, studies semuanya tak elok. Makanya, aku menyambut baik penutup 2008.



Antara yang aku mahu dan buat sempena hidup baru aku di 2009 ini.



  1. Tukar nombor telefon. Mulai hari ini, 1 Januari. So, goodbye Ila, Mulo, Ejad, Chris. kawan2 di Kenny Rogers. Aku tak nak korang dalam hidup aku lagi. You all ruined my life, but I forgave you all. Looong ago.
  2. Be a better student,daughter,muslimah, friend.
  3. My 2008 social relationship. Aku selesa tak berkawan dengan orang dan stick dengan kawan2 yang sedia ada.
  4. Jadi seorang yang JAUH lebih rajin. 2008, aku sangat pemalas!!
  5. Most importantly, save as much money as I could. No handbags, shoes, sandals, yummy food

P/S: Peiwen, sorry for changing my number dear. I really need and have to. I'll call you often. Dont be mad at me,sayang!